Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    BMC uji keupayaan respons kecemasan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Sebagai sebahagian daripada Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSHO) 2009, Syarikat Methanol Brunei Sdn Bhd (BMC) menganjurkan Bengkel Incident Command System (ICS) 300 dan Major Desktop Drill selama dua hari yang berlangsung di Dewan Pameran dan Persidangan BRIDEX, baru-baru ini.

    Menurut BMC, latihan berobjektif untuk menguji dan menilai kesediaan dan keupayaan respons kecemasan anggota Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) BMC dan Pasukan Kawalan Insiden (ICT) serta penyatuan kawalan daripada Jawatankuasa Respons Kecemasan Bersepadu Kawasan Perindustrian Lumut-Liang (LLIA-IERC), Pusat Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dalam menangani situasi kecemasan.

    BMC kini merupakan Pengerusi LLIA-IERC dan adalah mustahak untuk mempunyai respons yang diselaraskan dengan semua pihak berkepentingan sebagai persediaan untuk sebarang insiden atau situasi kecemasan.

    Dalam ucapan perasmian, Pengurus Besar (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar) BMC, Pengiran Mohamad Supri bin Pengiran Haji Chuchu menekankan bahawa latihan itu adalah untuk memastikan perintah bersatu dan keputusan bersama dibuat sebagai suara untuk menjaga keselamatan rakyat, melindungi persekitaran, aset dan reputasi syarikat (PEAR).

    Sebanyak 13 agensi terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam latihan tersebut.

    Latihan yang dijalankan di Dewan Pameran dan Persidangan BRIDEX, baru-baru ini. – Gambar serahan BMC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...