Oleh Hajah Saemah Kepli
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak dan juga untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim, ahli-ahli Kumpulan Pemilik Mercedes Brunei (BMOG) telah menganjurkan Majlis Bersungkai bersama keluarga mereka di salah sebuah restoran, di sini.
BMOG kini sudah menjangkau usia lapan tahun penubuhannya dan setakat ini mempunyai kira-kira 60 orang ahli.
Majlis bersungkai tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan BMOG, antara lain untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan ahli dan keluarga mereka.
Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Pengasas BMOG, Haji Norahmadi bin Haji Kepli dan kemudiannya bacaan Doa Selamat.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Presiden BMOG, Haji Abdul Rahman bin Haji Mohsin.