Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    BMW 3 Series baharu tampak lebih gah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – QAF Auto Sdn Bhd pengedar tunggal kereta BMW hari ini telah melancarkan model baharu BMW 3 Series yang ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran Brunei.

    Kedua-dua model baharu BMW 330i M Sport Pro dan 320i M Sport menampilkan imej ikonik terutama bahagian luaran depan yang dihiasi dengan rekaan kidney grille, menampakkannya lebih besar dan gah serta sporty.

    Ia juga dihiasi lampu LED dengan rekaan baharu yang menyerlahkan kelebaran kereta itu, dengan lampu siang jelas dalam bentuk L terbalik menciptakan bentuk lebih moden dan harmoni.

    Seiring dengan teknologi terkini, sistem parkir dan pemanduan automatik turut ditingkatkan untuk menambah keselesaan dan keselamatan BMW 3 Series ke tahap baharu.

    Bahagian dalamannya dengan rekaan kokpit depan terkini mengetengahkan ciri BMW Curved Display yang menyuntik tahap kecanggihan dan pendigitalan baharu dengan paparan maklumat 12.3 inci dan paparan kawalan skrin sentuh 14.9 inci disepadukan dalam satu rekaan tanpa bingkai yang menawan.

    BMW 3 Series Facelift terkini diperkenalkan di Bilik Pameran QAF Auto, kelmarin.

    Model baharu BMW 3 Series kini mengetengahkan ciri BMW Curved Display.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...