BMW 4 Series Coupe baharu lebih eksklusif

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – BMW 4 Series Coupe terbaharu yang kini sudah pun diperkenalkan di pasaran auto, lebih berbeza dan sportif rekaannya, memberikan pengalaman pemanduan menarik kepada pemiliknya.

Menurut kenyataan yang diterima, kereta itu direka bagi mendefinisikan keseronokan pemanduan dalam segmen perdana midsize, namun tidak jauh daripada ciri-ciri sportif
tradisi Coupe lain daripada BMW.

Kenderaan BMW M440i xDrive Coupe yang akan dilancarkan di pasaran pada bulan Oktober 2020 dikuasakan oleh enjin petrol enam silinder 275 kW / 374 hp.

Kereta dua pintu ini lebih bergaya dengan reka bentuk baharu, tampak lebih gah dengan gril dipasang pada bahagian depan.

Badannya yang dinamik juga lebih besar berbanding model terdahulu.

BMW 4 Series Coupe dilengkapi tempat duduk sportif dan stereng kulit sebagai salah ciri standard kenderaan itu.

Panjangnya ditingkatkan kepada 128 milimeter kepada 4,765mm dengan lebar 27mm kepada 1,852mm dan jurang antara jarak roda pula 41mm kepada 2,851mm.

Ketinggian kenderaan pula meningkat 6mm kepada 1,383mm, menjadikan kereta itu 57mm lebih rendah daripada BMW 3 Series Sedan.

Selain daripada itu, lampu depan model terbaharu ini terhubung sehingga ke gerbang roda depan kenderaan dengan lampu sorot dilengkapi LED penuh bagi memenuhi standard, manakala lampu LED Adaptive dengan BMW Laserlight juga turut tersedia sebagai pilihan.

Pada bahagian dalaman kenderaan, permukaannya direka dengan kemas, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan susun atur kokpit elegan yang menambah rupa premiumnya.

Tempat duduk yang berunsur sportif dan stereng standard kulit pada kenderaan itu membuatkan pemandu rasa selesa ketika memandu.