BMW bakal hasil bateri kereta elektrik

FRANKFURT AM MAIN, 11 DIS – Jenama kereta mewah Jerman BMW berkata hari ini, mereka akan memeterai perjanjian bersama pembekal China meliputi semua keperluan untuk membina bateri kenderaan elektrik untuk lima tahun akan datang termasuklah litium.

Kontrak berjumlah AS$599 juta bersama syarikat Ganfeng Lithium China akan membekal-kan “100 peratus keperluan litium hidroksida bagi BMW” dari tahun 2020 hingga 2024, kata ahli lembaga BMW yang bertanggung jawab atas pembelian, Andrea Wendt, dalam satu kenyataan.

Berdepan peraturan-peraturan pelepasan baharu yang sukar di Eropah pada tahun hadapan dan kebimbangan awam mengenai perubahan iklim, BMW – seperti pengeluar kereta Jerman yang lain – merancang untuk mengeluarkan banyak model elektrik dan hibrid pada tahun-tahun akan datang.

Mereka bersedia untuk menawarkan sebanyak 25 jenis kenderaan elektrik menjelang tahun 2023, separuh daripada pengeluaran tersebut akan menggunakan kuasa bateri sepenuhnya.

“Keperluan bahan mentah kami akan memerlukan permintaan yang banyak.

“Menjelang tahun 2025, bagi litium sahaja, kami menjangkakan untuk memerlukannya kira-kira tujuh kali ganda jumlah yang ada pada masa kini,” kata Wendt.

Sumber bagi logam-logam adalah penting untuk penghasilan bateri, seperti kobalt dan litium, yang menjadi penelitian meningkat awam ketika pembuat kereta di seluruh dunia meningkatkan penawaran kenderaan elektrik mereka.

BMW berkata litium Ganfeng yang dilombongkan di Australia berada di bawah ‘standard kemapanan ketat.’ – AFP