Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    BMW iX3 lebih canggih, sportif

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan QAF Auto

    Pengalaman pertama kali memandu kereta elektrik, lebih-lebih lagi daripada jenama BMW, memang membuatkan wartawan Media Permata berasa sangat teruja, apabila diberi peluang keemasan daripada pihak QAF Auto Sdn Bhd untuk memandu uji sebuah BMW iX3.

    Saat memasuki BMW iX3, memang terasa berbeza daripada kereta biasa. Daripada rekaan kabinnya sudah menunjukkan rekaan sebuah kereta elektrik. Walaupun ada persamaan dengan kereta biasa namun fungsinya yang canggih membuat pemandu teruja ketika memandunya.

    BMW iX3 bukan saja memberikan keseronokan pemanduan bahkan bebas emisi dengan ciri-ciri sportif memberikan keselesaan dari segi fungsi pelbagai aspek dan keluasan Sports Activity Vehicle (SAV).

    BMW iX3 akan dilancarkan pada tahun ini. Ia akan menjadi model pertama jenama tersebut di Negara Brunei Darussalam yang menggabungkan kuasa elektrik penuh dengan teknologi eDrive.

    Teknologi eDrive BMW generasi kelima

    BMW iX3 adalah model pertama yang menampilkan teknologi eDrive generasi kelima.

    BMW iX3 bukan saja memberikan keseronokan pemanduan bahkan bebas emisi dengan ciri-ciri sportif memberikan keselesaan dari segi fungsi pelbagai aspek.
    Bahagian dalam kereta BMW iX3 yang tampak canggih, sportif dan selesa.

    Versi terbaharu motor elektrik, kuasa elektronik, teknologi pengecasan dan bateri voltan tinggi telah membawa kemajuan besar dalam bidang prestasi, penggunaan dan julat kuasa elektrik.

    Teknologi sistem pemacu bersepadu

    Teknologi sistem pemacu yang bersepadu daripada BMW iX3 baharu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengoptimumkan kecekapan dan pengembangan tenaga.

    Motor elektrik, transmisi dan elektronik kuasa kini disusun bersama dalam satu tempat.
    BMW iX3 boleh memecut daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (kmsj) dalam 6.8 saat, menjadikannya setara dengan kekuatan konvensional BMW X3 xDrive30i.

    Kecekapan optimum tingkat perjalanan jarak jauh

    Kecekapan motor elektriknya yang canggih dan kapasiti pengecasannya yang tinggi memberikan BMW iX3 keupayaan perjalanan jarak jauh yang luar biasa.

    Konsep tenaga simpanan yang dioptimumkan kini membolehkan kapasiti pengisian kenderaan sehingga 150kW di stesen pengecasan pantas DC. Dalam cara ini, ia boleh menyimpan tenaga dalam masa 10 minit untuk menambah jaraknya sejauh 100 km berdasarkan kitaran ujian WLTP. Ia berupaya mengecas daripada 0 hingga 80 peratus kapasiti bateri voltan tinggi dalam masa 34 minit.

    Ciri-ciri menarik lain

    Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat dalam BMW iX3 adalah pakej yang datang bersama dengan glis akustik untuk tingkap pintu depan, Comfort Access BMW Gesture Control, fungsi sistem bunyi Harman Kardon Surround Sound System dan BMW IconicSounds Electric.

    Spesifikasi atau ciri-ciri standard yang luas (Inspiring) merangkumi cat-cat logam, lampu depan LED, kawalan iklim automatik tiga zon dengan pra-pemanasan dan pra-penyejukan, operasi pintu belakang automatik, sunroof kaca panoramik dan pencahayaan ambien.

    Manakala peralatan pilihan menarik juga mengetengahkan roda aloi ringan 20 inci, kaca akustik, tempat duduk sport, perapi kulit Vernasca, paparan BMW Head-Up, sistem bantuan letak kereta dan sistem bantuan pemandu. BMW iX3 dilengkapi dengan sistem pemanduan automatik dan letak kereta yang telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pengemaskinian model terbaharu.

    Sistem tersebut juga memproses imej kamera untuk memantau persekitaran kenderaan, memberi amaran tentang potensi bahaya dan mengurangkan risiko kemalangan dengan brek pembetulan atau input stereng.

    Ciri-ciri standard Driving Assistant termasuk amaran penukaran lorong, amaran perlanggaran depan dengan campur tangan brek, pencegahan perlanggaran belakang dan maklumat had kelajuan.

    Keseronokan memandu dipertingkatkan

    Reka bentuk sporty BMW iX3 baharu ini lebih menonjol berbanding sebelumnya di bahagian dalam. Kerusi sport datang sebagai standard manakala panel kawalan konsol tengah lebih moden dan panel kawalan moden di tengah panel instrumen menambah suasana ambien yang lebih premium dan progresif.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...