BMW M2 CS eksklusif

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – BMW M GmbH, anak syarikat pengeluar kereta Jerman BMW AG, buat pertama kalinya telah melancarkan model edisi khas eksklusif dan terhad, dengan penampilan sportif yang menarik perhatian, dalam kelas kompak premium iaitu BMW M2 CS.

Menurut kenyataan yang diberikan, model tersebut lebih tinggi daripada BMW M2 Competition dan dibangunkan berasaskan kejayaan yang dicapai BMW M3 CS dan BMW M4 CS.

Ia juga memberikan asas bagi model the BMW M2 CS yang merupakan kemasukan baharu BMW M Motorsport ke dalam perlumbaan amatur dan segmen Clubsport baharu (bermula 2020).

Dari segi reka bentuk, model ini menggunakan carbon fibre-reinforced plastic (CFRP) yang memberikannya bentuk yang lebih tajam berbanding BMW M2 Competition.

Ini termasuk bonet yang direka baharu, bumbung yang diperbuat sepenuhnya daripada CFRP selain splitter baharu, Gurney dan diffuser belakang dalam gentian karbon.

Model eksklusif ini dikuasakan enjin twin-turbo enam silinder yang menjana kuasa 331kW (450hp), 29kW (40hp) didatangkan dengan suspensi Adaptive M serta pilihan transmisi M dwi-klac tujuh kelajuan yang mampu memecut daripada sifar kepada 100 kmsj dalam masa 4.0 saat dan transmisi manual enam kelajuan yang mampu memecut dalam masa 4.2 saat.

Ia juga dilengkapi dengan tayar Y-spoke 19 inci dan brek M Sport yang memberikan prestasi brek yang luar biasa dengan kuasa penghentian dalam semua keadaan.

Bahagian dalamannya pula menggabungkan penampilan eksklusif dengan ciri-ciri sportif Alcantara yang mewah serta rekaan ringan yang inovatif.

BMW M2 CS mengetengahkan ciri-ciri premium dan prestasi tinggi.