Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    BMW M240i lebih kompak, menawan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Pengedar kereta BMW di negara ini, QAF Auto hari ini memperkenalkan model baharu BMW M240i xDrive Coupe Series yang lebih kompak dan sportif serta menawan.

    Generasi baharu itu didatangkan dengan gril kidney klasik bercirikan Active Air Flap Control dan reka bentuk lampu LED serba moden.

    Manakala bahagian dalamannya menampilkan papan pemuka hampir sama rekaannya daripada papan pemuka kereta BMW 3 Series dan sarat teknologi serta panel pintu pula terdapat cahaya ambien unik pada lambang logo BMW.

    Selain itu, ciri lain yang menonjol ialah kerusi sport, stereng M Sport dan pencahayaan ambien, manakala ciri-ciri pilihan tambahan pula ialah BMW Live Cockpit Professional dan Head-Up Display.

    Ia didatangkan dengan enjin enam silinder petrol BMW M Twin Power 374 HP serta sistem suspensi Adaptive M yang memberikan pengalaman memandu dinamik penuh kuasa dan ketangkasan.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang model serba baharu ini, bolehlah mengunjungi bilik pameran BMW di QAF Auto, Perindustrian Beribi.

    QAF Auto telah memperkenalkan model baharu BMW M240i xDrive Coupe Series yang lebih kompak, sportif dan menawan.
    Bahagian dalaman kenderaan berkenaan yang menampilkan reka bentuk mewah dan berteknologi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...