Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    BMW tampil visi kereta masa depan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Kumpulan BMW berkongsi visinya tentang pengalaman digital masa depan, di dalam dan luar kenderaan, dengan BMW i Vision Dee semasa Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2023 yang sedang berlangsung di Las Vegas.

    Menurut kenyataan yang diberikan, BMW i Vision Dee adalah sedan bersaiz sederhana futuristik dengan reka bentuk baharu dan ringkas.

    Nama Dee merupakan singkatan daripada pengalaman emosi digital dan itulah matlamatnya, untuk mewujudkan ikatan yang lebih kukuh antara orang ramai dan kereta mereka pada masa hadapan.

    Fungsi digital masa hadapan akan melangkaui tahap kawalan suara dan sistem bantuan pemandu yang biasa diguna pakai pada hari ini. BMW Head-Up-Display merentasi sepanjang cermin depan, memberikan gambaran tentang generasi kenderaan seterusnya.

    Mulai 2025 dan seterusnya, inovasi berkenaan akan tersedia dalam model Neue Klasse.

    BMW i Vision Dee yang diperkenalkan oleh Kumpulan BMW semasa CES 2023 di Las Vegas. – AFP

    Kumpulan BMW juga telah memperhalusi penggunaan teknologi perubahan warna.

    Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW AG, Oliver Zipse dipetik berkata, “Dengan BMW i Vision Dee, kami mempamerkan apa yang boleh dilakukan apabila perkakasan dan perisian bergabung.

    “Dengan cara ini, kami dapat mengeksploitasi potensi penuh pendigitalan untuk mengubah kereta menjadi rakan pintar. Itulah masa depan pengeluar automotif – dan, untuk BMW, gabungan pengalaman maya dengan keseronokan pemanduan yang tulen.”

    Pada masa yang sama, tambah beliau, BMW i Vision Dee adalah satu lagi langkah menuju Neue Klasse.

    “Dengan visi ini, kami melihat jauh ke masa hadapan dan menggariskan kepentingan besar pendigitalan untuk generasi produk kami yang akan
    datang,” ujarnya lagi.

    Dengan keupayaan pintar, hampir seperti manusia, BMW i Vision Dee menemani pemandu bukan sahaja melalui situasi kehidupan sebenar di jalan raya, tetapi juga dalam
    persekitaran digital mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -