BMW tingkat tempahan sel bateri

FRANKFURT AM MAIN, 21 NOV – Jerman, syarikat pengeluar kereta mewah jenama BMW berkata hari ini ia telah meningkatkan tempahan sel bateri secara besar-besaran bagi kereta elektrik untuk beberapa dekad akan datang, ketika ia merancang puluhan model-model kereta elektrik baharu.

Keseluruhan penambahan sebanyak 6.2 bilion euro (AS$6.9 bilion) itu akan datangnya dari kontrak baharu 2.9 bilion euro bersama Samsung-SDI dan penambahan tempahan dari 4 hingga 7.3 bilion dari CATL, China, kata BMW dalam satu kenyataan.

Pengumuman hari ini itu ‘menyediakan keperluan sel bateri jangka panjang’ bagi syarikat itu, kata BMW, menambah bahawa ia sendiri sedang mengurus bekalan bahan-bahan mentah kobalt dan litium kepada pembuat sel.

“Mematuhi standard persekitaran dan menghormati hak asasi kemanusiaan menjadi keutamaan tertinggi’ dalam penyumberan elemen penting dari Australia dan Maghribi, kata BMW.

Menjelang 2023, kumpulan itu merancang untuk menawarkan 25 model ‘elektrik’ termasuk kenderaan hibrid dan bateri-elektrik. – AFP

Antara model kereta hibrid BMW i8 yang dipertunjukkan semasa Pameran Auto Los Angeles 2019 di California pada 20 November. – AFP