Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    BMW X3 dan X4 lebih sporty, dinamik

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – BMW Asia dan QAF Auto telah mengumumkan bahawa BMW X3 dan BMW X4 baharu kini sudah boleh didapati dalam pasaran Brunei.

    Menurut kenyataan QAF Auto, bagi fasa kedua kitaran model, BMW telah memperbaharui sports activity vehicle (SAV) dan sports activity coupé (SAC) berkenaan dengan wajah baharu dan kelengkapan yang dipertingkatkan serta struktur rangkaian yang telah dioptimumkan untuk para pelanggan.

    Model X3 menampilkan bahagian hadapan yang direka bentuk semula dan bahagian belakang dikemas kini yang menekankan penampilan off-road yang mantap dan lebih sporty.

    Sementara itu, X4 generasi kedua menampilkan bahagian hadapan baharu dengan gril Kidney BMW mesh eksklusif dan menawarkan bahagian belakang yang lebih dinamik.

    Di Brunei, BMW X3 dan BMW X4 baharu dipasang dengan sistem pacuan semua roda BMW xDrive sebagai standard. Struktur rangkaian baharu memastikan tumpuan yang lebih besar pada gaya sporty.

    Model BMW X3 menampilkan bahagian hadapan yang direka bentuk semula dan menekankan penampilan off-road yang mantap dan lebih sporty.
    Model X4 generasi kedua menampilkan bahagian hadapan baharu dengan gril Kidney BMW mesh eksklusif dan menawarkan bahagian belakang yang lebih dinamik.
    Bahagian dalam BMW Model X3.

    Pakej M Sport dan varian M biasa tersedia sebagai alternatif kepada kelengkapan standard yang diperkaya dengan elemen X berkualiti tinggi. Kedua-dua model berkenaan dihasilkan di kilang Spartanburg yang terletak di Amerika Syarikat.

    Ciri utama lain bagi model yang diperbaharui itu ialah driver assistance systems moden BMW, yang didatangkan secara standard dan direka bentuk untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan.

    Sistem ini menawarkan amaran perlanggaran hadapan, amaran pelepasan lorong dan amaran pertukaran lorong. Terdapat juga Parking Assistant Plus yang kini termasuk bantuan ketika berundur.

    Di samping itu, terdapat BMW Intelligent Personal Assistant yang tersedia dalam kedua-dua model.

    Daripada segi dalaman, kedua-duanya menggunakan konsol tengah siri BMW 4 pada masa ini. Paparan kawalan pusat berdiri bebas dengan fungsi sentuh kini menawarkan skrin diagonal 10.25 inci sebagai standard dalam semua kenderaan. Versi 12.3 inci paparan sentuh juga tersedia sebagai pilihan kepada para pelanggan.

    Peralatan standard yang dipertingkatkan dengan ketara kini adalah Leather Vernasca sports seats, serta kawalan iklim automatik yang didatangkan dengan kawalan tiga zon.

    Sementara itu, terdapat juga elemen trim saduran elektrik baharu, selain lampu ambien yang didatangkan sebagai standard.

    Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, orang ramai bolehlah mengunjungi bilik pameran BMW di Beribi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...