Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

BMW X3 xDrive20i Professional lebih selesa

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – QAF Auto Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan berjenama BMW di Brunei, telah memperkenalkan BMW X3 xDrive20i Professional pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran BMW, Beribi, hari ini.

Ia merupakan versi mewah bagi model BMW X3 yang memfokuskan kepada keselesaan, sesuai untuk penggunaan seharian sebuah keluarga dan para profesional yang menginginkan kenderaan penuh kuasa dan pada masa yang sama memberikan pemanduan selesa.

Ketua Bahagian Jualan QAF Auto, Daniel Loo semasa ditemui menjelaskan, versi model baharu itu lebih tertumpu untuk membawakan kemewahan seperti dalaman baharu yang menampilkan tempat duduk berlubang.

Selain tempat duduk, Daniel Loo berkata, versi tersebut menggunakan suspensi keselesaan baharu yang mampu memberikan pemanduan lebih lancar berbanding X3 versi sport yang diperkenalkan pada awal tahun ini iaitu M Sport.

BMW X3 xDrive20i Professional dipacu enjin xDrive20i yang menjana kelajuan tertinggi 215kmsj, dengan pecutan 8.3 saat dari sifar hingga 100kmsj.

Ciri utama lain ialah sistem bantuan pemandu moden BMW, yang didatangkan secara standard dan direka bentuk untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan.

Sistem berkenaan memberikan amaran perlanggaran hadapan, amaran pelepasan lorong dan amaran pertukaran lorong. Terdapat juga Parking Assistant Plus yang kini termasuk bantuan ketika berundur.

Di samping itu, terdapat BMW Intelligent Personal Assistant yang tersedia dalam versi model tersebut.

Daniel Loo menambah, “Sistem infotainment adalah digital sepenuhnya, menjadikan segala-galanya mudah diakses dengan sentuhan termasuk bantuan parkir kamera 360.”

BMW X3 xDrive20i Professional yang diperkenalkan oleh QAF Auto di Bilik Pameran BMW, Beribi, kelmarin.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -