BNM: Kadar rizab Malaysia tetap boleh guna
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Maklumat terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (SDDS IMF) menunjukkan rizab Malaysia pada akhir November 2017 adalah tetap boleh guna. Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata butiran terperinci itu merangkumi maklumat mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab serta aset mata


































