Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BNM sedia garis panduan mata wang kripto akhir tahun

    KUALA LUMPUR, 19 Sept – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang mengeluarkan garis panduan mengenai mata wang kripto menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim.

    Beliau berkata mata wang kripto atau mata wang digital, kini menarik perhatian bank-bank pusat di seluruh dunia.

    “Kami berharap menjelang akhir tahun ini, BNM akan dapat menyediakan beberapa garis panduan mengenai mata wang kripto, terutama berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

    “Kami mahu memastikan ada garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin menyertai dalam sektor ini,” katanya kepada pemberita di luar Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembangunan di sini hari ini.

    Mata wang kripto seperti Bitcoin, merupakan aset digital yang disediakan khas sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi bagi memastikan transaksi yang terjamin dan mengawal pewujudan unit mata wang tambahan.

    Mata wang kripto digunakan terutama di luar institusi perbankan dan kerajaan sedia ada, dan ditukar melalui Internet.

    Walaupun kaedah pertukaran alternatif yang tidak berpusat ini kini masih di peringkat awal pembangunannya, ia mempunyai potensi unik untuk mencabar sistem mata wang dan pembayaran sedia ada.

    Setakat Jun 2017, jumlah permodalan pasaran mata wang kripto melebihi AS$100 bilion, dengan mencatatkan jumlah harian lebih melebihi AS$6 bilion. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda