Boateng bantu Hertha kembali ke puncak

BERLIN, 18 NOV – Kevin Prince-Boateng (gambar) telah bermain untuk 14 kelab Eropah berlainan tetapi kini dia kembali kepada pasukan kampung halamannya, Hertha Berlin, dan berharap dapat membantu mereka melonjak dalam senarai teratas Bundesliga, bermula dengan perlawanan pada Sabtu menentang Union Berlin.

Pemain berusia 34 tahun itu berada pada penghujung karier yang telah menyaksikannya bermain di seluruh Eropah, termasuk untuk AC Milan dan Tottenham, serta dipinjam di Barcelona.

Boateng menyertai semula Bertha berdasarkan pemindahan percuma pada Jun daripada kelab Itali Monza, tetapi setakat ini hanya mencatat empat permulaan liga dan belum bermain untuk perlawanan lengkap 90 minit.Bekas pemain antarabangsa Ghana itu menaruh harapan untuk membantu Hertha mengembalikan kekuatan mereka di Berlin selepas beberapa musim yang sukar sejak Union dinaikkan ke kedudukan teratas.

“Kami perlu bersedia untuk berdepan persaingan, untuk menghadapi setiap konflik dan memenangi usaha satu peratus, yang mampu mengubah permainan,” beritahunya kepada media antarabangsa semalam. Usahawan Jerman Lars Windhorst telah mengepam jutaan euro dalam Hertha, namun masih belum menyaksikan keputusan memberangsangkan.

“Kami mempunyai banyak kerja dilakukan, kami perlu menunjukkan kami merupakan kelab terbesar di Berlin, yang diimpikan kami semua,” kata Boateng.

Namun stadium Union Alten Foersterei adalah tempat amat sukar untuk pasukan. Ia memerlukan pasukan kuat Bayern Munich menamatkan 21 perlawanan Union tanpa tewas di laman sendiri bulan lalu.

Union buat masa sekarang menduduki tempat kelapan dalam senarai, empat mata di depan Hertha di tangga ke-12, yang berjaya mengelak daripada tercorot di tempat paling bawah musim lalu.

Hertha telah menghasilkan keputusan tidak menentu musim ini, ditewaskan 5-0 oleh Bayern dan 6-0 oleh RB Leipzig, namun meraih kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt dan Borussia Moencgengladbach. – AFP