Boateng berdepan tuduhan menyerang

BERLIN, 8 SEPT – Pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman, Jerome Boateng dijangka akan hadir ke mahkamah di Munich pada Khamis bagi menjawab tuduhan ke atasnya terhadap menyerang ibu kepada dua orang anak kembarnya pada 2018.

Selepas mengharungi tempoh 10 tahun yang berjaya bersama Bayern Munich, pemain pertahanan berusia 33 tahun itu menyertai kelab Ligue 1, Lyon minggu lalu secara percuma, tetapi bakal kembali ke Munich bagi berdepan dakwaan di mahkamah.

Peguamnya berkata bahawa Boateng menafikan dakwaan mencederakan bekas kekasihnya, Sherin S, semasa pertelingkahan sewaktu percutian bersama anak perempuan mereka tiga tahun lalu. Keputusan mungkin diputuskan pada hari yang sama.

Jika didapati bersalah, dia akan dikenakan denda atau di penjara sehingga lima tahun.

Sesi pendengaran asal ditunda Disember tahun lalu disebabkan saksi tidak dapat hadir ke mahkamah akibat virus COVID-19. – AFP