Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boateng mahu runding bos Bayern

    BERLIN, 20 Sept – Pertahanan Jerman, Jerome Boateng berhasrat mengadakan perbincangan bersama bos Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge dan Uli Hoeness selepas kegagalannya untuk berpindah ke Paris Saint-Germain.

    “Saya rasa kami harus berbincang sekali lagi pada masa akan datang, itu yang perlu kami lakukan dan amat penting untuk saya menjelaskan sekali lagi

    bahawa saya fokus sepenuhnya kepada FC Bayern,” kata Boeateng kepada akhbar Sueddeutsche Zeitung dari Munich.

    “Dan satu lagi, saya fikir ia tidak bagus apabila perkara dikatakan mengenai saya di mana-mana dan anda tidak mendapat sebarang sokongan daripada kelab.”

    Pada penghujung musim, Rummenigge dan Hoeness berkata Boateng boleh meninggalkan kelab itu dengan harga yang sesuai.

    Pemain tengah itu berang apabila pengerusi Bayern, Rummenigge mencetuskan khabar angin mengenai kemungkinan perpindahan ke PSG sebelum Piala Dunia, ketika Jerma terkeluar pada peringkat kumpulan.

    Boateng mengakui perpindahannya ke Paris merupakan ‘satu pilihan yang kukuh’ dan perbincangan turut dilakukan bersama pengendali PSG, Thomas Tuchel, namun perjanjian itu gagal disebabkan harga yang diminta oleh Bayern, yang dinilai kira-kira AS$52.6 juta.

    Sebaliknya, bulan lalu, PSG telah menandatangani pertahanan tengah bawah 21 tahun Jerman, Thilo Kehrer daripada Schalke dengan nilai dilaporkan sebanyak 37 juta euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda