Bobby buat kejutan umum bakal berkahwin

Seorang ahli daripada kumpulan band pop Korea, iKON iaitu Bobby mengejutkan para peminatnya dengan mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dan menjadi seorang bapa pada September depan.

Menerusi laman media sosial Instagramnya, Bobby mengakui biarpun gembira bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baharu namun dia tetap berasa serba salah terhadap para peminatnya.

“Saya sudah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang saya cintai. Saya juga bakal menjadi seorang bapa pada September depan.

“Saya sangat gembira dengan kehadiran ahli keluarga baharu tapi saya serba salah terhadap peminat yang terkejut dengan berita ini.

“Saya sepatutnya perlu memberitahu anda lebih awal tapi saya minta maaf kerana lewat untuk berkongsi perkara ini,” katanya yang turut memohon maaf kepada rakan iKON.

Bagaimanapun, Bobby merahsiakan identiti wanita yang bakal menjadi isteri dan ibu kepada cahaya matanya. – Agensi

Bobby umum bakal berkahwin dan jadi seorang bapa tidak lama lagi. – Agensi