Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bocey rancang terbit single

    KUMPULAN pelawak terkenal iaitu Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey mendedahkan mereka sedang merancang untuk tampil dengan single bertemakan cinta.

    Kata Fad, mereka sebenarnya sudah berbincang mengenai perkara ini sejak lima tahun lalu, namun hasrat itu belum tercapai sehingga ke hari ini.

    “Kami sudah bincang hal ini sejak lima tahun lalu tetapi masih belum berpeluang untuk merealisasikan impian itu.

    “Insya-Allah, andai ada ruang dan waktu yang sesuai, kami akan hasilkan lagu berkisarkan cinta kerana kami bertiga masing-masing punya pengalaman dan cerita sendiri berkaitan cinta,” kata Fad.

    Bocey yang sekali lagi terbabit dengan pertandingan itu menegaskan penyertaan mereka bukanlah mengejar gelaran juara tetapi ingin menjadikan platform berkenaan untuk kekal relevan dalam industri.

    “Kami anggap diri masih baharu dan berpendapat bahawa itu adalah satu-satunya program besar untuk pelawak tunjukkan bakat

    “Oleh itu, kami tampil dalam pertandingan itu supaya peminat tidak lupakan Bocey. Penyertaan kami juga adalah untuk mengasah lagi kelebihan kami sebagai pelawak,” katanya. – Agensi

    Bocey merancang untuk menerbitkan single yang bertemakan cinta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda