Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Boeffi International terima Anugerah ACES 2022

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Boeffi International melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan syarikat permulaan yang paling cemerlang di Asia pada majlis Anugerah Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Boeffi International, hari ini, anugerah tersebut diperkenalkan pada tahun 2014 dan telah menjadi anugerah paling dinanti-nantikan di Asia yang menyaksikan ahli perniagaan, organisasi dan jenama terkenal di Asia menerima anugerah ini.

    Pada tahun ini, Anugerah ACES telah mengiktiraf pendekatan Boeffi semasa pandemik dan fasa endemik menerusi langkah penjagaan dan kebajikan kakitangan, kesihatan serta langkah keselamatan bagi mereka yang kembali bekerja selain kepimpinan operasi dan inovasi idea.

    Boeffi International berbesar hati dengan pencapaian ini memandangkan perniagaan yang berpangkalan di Negara Brunei Darussalam terkenal dengan pendekatan untuk menyediakan setiap rumah di negara ini dengan peralatan urut dan kesihatan yang mewah, selesa dan senang.

    Pengarah Urusan Boeffi International, Wong Kim Guan, dalam ucapannya berkata Boeffi International akan terus berkembang dan mentakrifkan semula taraf hidup dalam kalangan rakyat Brunei dengan matlamat untuk mewujudkan kediaman dan kehidupan yang lebih baik bersama Boeffi.

    Ditubuhkan pada 2019, Boeffi International pada masa ini menguasai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada permodalan pasaran semua produk yang dijual. Dari perniagaan sederhana di Rimba Point sekitar tahun 2019, Boeffi International kini telah membuka tujuh cawangan di seluruh negara iaitu di Times Square, The Mall Gadong, KB Sentral, One City, Aman Hills, dan terbaharu di Setia Kenangan II, Kiulap.

    Seiring dengan pertumbuhannya, Boeffi International juga telah mengembangkan produknya yang memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan, yang bermula dengan kerusi urut dan compact massagers dan seterusnya mempelbagaikan barisan produk lain termasuk produk kecergasan dan ergonomi baru-baru ini.

    Sebagai jenama terkenal Brunei, Boeffi International menyediakan semua penyelenggaraan dijalankan secara tempatan untuk faedah dan kemudahan pelanggan. Syarikat juga menawarkan perkhidmatan penjagaan selepas jualan dalam tempoh waranti bagi memastikan produk mereka diselenggarakan dengan baik supaya tahan lebih lama. Perkhidmatan termasuk pembersihan antibakteria, penggilap produk, pelinciran produk dan pemeriksaan penjajaran.

    Wong Kim Guan bergambar ramai semasa majlis Anugerah ACES 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar serahan Boeffi International
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...