Boeing 737 Max 8 tiada di sini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Merujuk kepada dua kemalangan nahas antarabangsa pesawat Boeing 737 Max 8 yang berlaku dalam masa kurang lima bulan kebelakangan ini, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam memaklumkan dan meyakinkan orang ramai bahawa jenis pesawat Boeing 737 Max 8 tidak didaftarkan di Negara Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, jabatan telah mengeluarkan arahan memberhentikan sementara waktu pesawat jenis Boeing 737 Max 8 daripada beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei termasuk penerbangan transit.