Boeing alami kerugian, tempahan pesawat dibatalkan

NEW YORK, 13 MEI – Boeing melaporkan satu lagi siri pembatalan tempahan 737 Max kelmarin ketika CEO syarikat memberi amaran kemerosotan ekonomi disebabkan oleh pandemik koronavirus mungkin akan memaksa syarikat penerbangan terbesar itu muflis.

Data dari laman web syarikat gergasi penerbangan menunjukkan 108 tempahan untuk pesawat 737 Max telah dibatalkan pada bulan April, dan Boeing turut menurun taraf kontrak untuk 101 buah pesawat yang lain, satu langkah untuk menurunkan tunggakan kepada bawah 5,000 buah pesawat buat kali pertama sejak tahun 2013 dan menunjukkan penurunan permintaan bagi pesawat mereka.

Max telah digantungkan sejak Mac 2019 berikutan dua nahas kemalangan, tetapi permintaan untuk pesawat tersebut, sama seperti pesawat-pesawat komersial yang lain, juga dipengaruhi oleh kemerosotan lalu lintas syarikat penerbangan yang disebabkan oleh wabak koronavirus. – AFP

Pesawat Tentera Udara AS, KC-46, yang ditempah dari Boeing dilihat di Lapangan Terbang Paine Field, Washington. Boeing melaporkan 108 buah pesawat 737 Max yang ditempah telah dibatalkan.- AP