Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Boeing gantung pembelian titanium dari Rusia

    NEW YORK, 8 MAC – Boeing kelmarin berkata ia tidak lagi akan membeli titanium dari Rusia, sebaliknya mereka akan bergantung kepada inventori dan bekalan alternatif untuk pengeluaran kapal terbang.

    Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu telah lama bekerjasama dengan VSMPO-AVISMA, pembekal titanium dari Rusia yang dipengerusikan oleh Sergey Chemezov, rakan rapat kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin yang dikenakan sekatan oleh pihak berkuasa AS.

    Boeing tidak memberi respons kepada pertanyaan AFP mengenai status kerjasama tersebut.

    “Kami menggantungkan pembelian titanium dari Rusia,” menurut jurucakap Boeing. “Inventori kami dan sumber kepelbagaian titanium memberikan bekalan yang mencukupi untuk pengeluaran kapal terbang, dan kami akan terus mengambil langkah yang betul untuk memastikan kelangsungan bagi jangka masa panjang.”

    Boeing minggu lalu menggantungkan tugasan bantuan mereka untuk pesawat Rusia dan ia beroperasi di Moscow, sebahagian daripada sekatan meluas yang dilakukan oleh syarikat-syarikat AS akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bulan lalu.

    Ibu pejabat serantau Boeing di Arlington, Virginia. Boeing berkata mereka tidak akan akan membeli titanium dari Rusia, sebaliknya mereka akan bergantung kepada inventori dan bekalan alternatif untuk pengeluaran kapal terbang. – AFP

    Syarikat gergasi penerbangan AS itu bekerjasama dengan VSMPO-AVISMA sejak 1997 dan mengukuhkan hubungan dengan syarikat pembekalan besi Rusia pada 2006.

    Pada November 2021, kedua-dua buah syarikat menandatangani perjanjian persefahaman yang menegaskan bahawa “VSMPO-AVISMA akan kekal menjadi pembekal titanium terbesar untuk masa kini dan akan datang bagi pesawat komersial Boeing,” menurut kenyataan yang dikeluarkan bersama.

    Perjanjian itu memastikan bekalan titanium untuk pesawat Boeing 737, 767, 787, 777, 777X, menurut syarikat tersebut.

    Chemezov pada asalnya dikenakan sekatan oleh kerajaan AS pada 2014 berikutan penaklukan Rusia ke atas Crimea.

    Minggu lalu, Rumah Putih menyenaraikan Chemezov dan ahli keluarganya dalam senarai ‘elit Rusia’ yang akan dibekukan daripada sistem kewangan AS sementara pihak berkuasa mencari mana-mana aset yang boleh dirampas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...