Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787

    NEW YORK, 7 JUN – Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing, kelmarin, mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Boeing sedang menyiasat beberapa pesawat yang masih belum diserahkan kepada pelanggan dan mungkin memerlukan baik pulih sebelum penghantaran, menurut syarikat itu, kelmarin.

    “Kami sedang memeriksa pesawat 787 dalam inventori kami untuk keadaan tidak mematuhi piawaian berkaitan dengan pemasangan pada penstabil mendatar. Pesawat yang didapati bermasalah akan diperbaiki semula sebelum dijual dan penghantaran.

    “Masalah itu bukan isu keselamatan segera bagi penerbangan dan pesawat dalam perkhidmatan boleh terus beroperasi dan isu berkenaan berkemungkinan tidak akan mengubah sasaran penghantarannya untuk tahun itu,” menurut Boeing dalam satu kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...