Boeing lengkapi penerbangan pertama pesawat 777X

SAN FRANCISCO, 26 JAN – Pengilang pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing berkata kelmarin, ia telah melengkapkan penerbangan ujian pertama pesawat penumpang versi baharu 777X enjin berkembar yang memiliki badan lebar.

Pesawat itu, berlepas dari Everett, Washington, terbang hampir empat jam sebelum ia mendarat di Lapangan Terbang Boeing, Seattle, kata syarikat itu. Dua percubaan ujian terdahulu dibatalkan kerana angin kencang minggu ini.

“Penerbangan 777X pertama itu adalah satu penghargaan bagi kerja keras yang dilakukan bertahun-tahun dan dedikasi daripada rakan sepasukan, pembekal dan rakan kongsi komuniti kami di Washington dan di seluruh dunia,” kata Stan Deal, naib presiden eksekutif Boeing dan presiden serta ketua pegawai eksekutif Pesawat Komersial Boeing.

Pesawat 777X dengan dua sayap yang boleh dilipat melebihi 235 kaki (kira-kira 71.63 meter) adalah pesawat komersial enjin berkembar terbesar di dunia. Ia 10 peratus lebih kos-berkesan dan 10 peratus lebih cekap bahan api.

Boeing berkata ia menjangkakan menghantar pesawat pertama 777X pada 2021 selepas menerima arahan daripada pengangkutan udara terkemuka di dunia, termasuk All Nippon Airways, Japan, British Airways, Cathay Pacific Airways yang beribu pejabat di Hong Kong, China dan Singapore Airlines.

Syarikat itu telah menghantar sejumlah 380 pesawat komersial pada tahun 2019, jumlah paling rendah sejak 2008. Angka tersebut jatuh 53 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat itu telah merekodkan jualan buruk disebabkan terutama oleh krisis 737 MAX, selepas dua pesawat MAX terlibat dalam dua kemalangan maut pada Oktober 2018 dan Mac 2019. Manakala kemalangan itu telah membunuh sejumlah 346 penumpang di Indonesia dan Ethiopia.

Semua pesawat MAX tidak dibenarkan melakukan penerbangan di seluruh dunia sejak Mac 2019. Perkhidmatan kembali mereka telah tertangguh beberapa kali selepas Boeing gagal untuk mendapatkan kelulusan yang diperakui daripada pengawal selia persekutuan AS. – Xinhua

Boeing 777X melancarkan penerbangan sulung di Paine Field di Everett, Washington. – AFP