Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Boeing rancang kurangkan jumlah kakitangan

    SEATTLE, 8 FEB – Boeing merancang untuk mengurangkan kakitangannya di syarikat aeroangkasa, jabatan kewangan dan sumber manusia pada tahun ini, dengan mengurangkan kira-kira 2,000 jawatan, menurut kenyataan syarikat tersebut.

    “Kami menjangkakan pengurangan kira-kira 2,000 orang kakitangan dalam jabatan kewangan dan sumber manusia melalui gabungan pengurangan dan pemberhentian,” menurut kenyataan Boeing pada Isnin. “Walaupun tiada siapa yang dimaklumkan mengenai kehilangan pekerjaan ini, kami akan terus mengongsikan maklumat yang telus untuk membolehkan kakitangan kami membuat perancangan.”

    Syarikat itu, yang ibu pejabatnya baru-baru ini dipindahkan ke Arlington, Virginia, berkata ia menjangkakan ‘pertumbuhan signifikan’ dalam tenaga kerja secara keseluruhan sepanjang tahun ini.

    “Kami mengembangkan tenaga kerja Boeing kepada 15,000 orang tahun lalu dan merancang untuk mengambil 10,000 lagi kakitangan pada tahun ini dengan menumpukan kepada kejuruteraan dan pengilangan,” tambah kenyataan.

    Setakat penghujung tahun 2022, jumlah keseluruhan tenaga kerja Boeing adalah seramai 156,000 orang kakitangan.

    The Seattle Times melaporkan Boeing, yang merupakan salah sebuah syarikat swasta terbesar di negeri Washington, merancang memecat kira-kira satu pertiga jawatan di Perkhidmatan Perunding Tata di Bengaluru, India.

    Mike Friedman, pengarah kanan komunikasi, memberitahu Times bahawa jawatan lain akan hapuskan ketika syarikat membuat pengurangan dalam perkhidmatan sokongan kewangan dan sumber manusia.

    “Secara beransur-ansur, beberapa fungsi korporat kami akan berkembang dengan besar dan dengan pertumbuhan itu kebiasaannya akan menyebabkan birokrasi atau sistem berbeza yang tidak cekap,” jelas Friedman. “Jadi ketika ini kami sedang menyelaraskannya.” – AP

    Pejabat Boeing di mana pesawat 737 dibina. Boeing merancang untuk mengurangkan jumlah kakitangannya seramai 2,000 orang pada tahun ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...