Boeing semakin gusar

NEW YORK, 19 JULAI – Boeing mengumumkan kos tambahan kira-kira AS$6.6 bilion disebabkan krisis 737 MAX, menjejaskan lagi keuntungannya apabila pesawat itu masih diharamkan secara global susulan dua kemalangan maut.

Boeing menyatakan pendapatan suku kedua akan dihentam dengan kos AS$4.9 selepas cukai bagi membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat penerbangan atas tergendalanya dan kelambatan penghantaran pesawat itu. – AFP