TOKYO, 14 FEB – Bank Jepun (BOJ) menawarkan pembelian bon kerajaan tidak terhad hari ini, bertujuan mengawal kenaikan kadar faedah jangka panjang dalam ekonomi ketiga terbesar dunia.
Bank pusat Jepun menetapkan kadar faedah untuk pembelian bon kerajaan 10-tahun pada 0.25 peratus. Kadar pasaran telah meningkat kepada tahap tersebut baru-baru ini disebabkan spekulasi BOJ mungkin mengurangkan dasar mata wang yang longgar sejajar dengan bank pusat lain seperti Simpanan Persekutuan AS.
Tawaran BOJ tidak mempunyai bidaan namun masih mempunyai kesan kadar faedah berkurangan. Kali terakhir Bank Jepun mengadakan tindakan yang sama adalah pada Julai 2018.
Keputusan terbaharu memaparkan hasrat BOJ untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap amat rendah ketika inflasi masih berada jauh di bawah kadar sasaran 2 peratus. Kadar faedah Jepun telah dikekalkan pada negatif 0.1 peratus untuk bertahun lamanya.
Jepun telah mengekalkan dasar kadar faedah hampir sifar selama beberapa tahun untuk memerangi trend deflasi, atau kemerosotan harga. Aktiviti perniagaan telah menjadi perlahan ketika populasi negara semakin tua dan menyusut menjadi lebih kecil.
Pandemik koronavirus telah memburukkan masalah dan Gabenor Bank Jepun Haruhiko Kuroda berkali-kali berkata bank menyokong kadar faedah yang amat rendah.– AP