Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boko Haram bunuh sembilan orang

    KANO, 17 Jan – Pejuang Boko Haram telah membunuh sembilan orang dalam dua serangan berasingan di utara timur Nigeria, ahli kumpulan militan dan penduduk setempat berkata semalam sekali gus membahayakan orang awam.

    Serangan pertama berlaku pada Isnin di mana enam orang mengumpul kayu api ditembak mati di perkampungan Jinene, berhampiran sempadan Ngala, wilayah Borno.

    Serangan kedua tercetus di perkampungan Pallam, kawasan Madagali berhampiran wilayah Adamawa dan menyaksikan para militan merampas makanan sebelum membakar beberapa kedai dan tempat tinggal.

    Kerajaan dan tentera Nigeria mengambil tindakan terhadap serangan itu selepas hampir sembilan tahun keganasan berlaku yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 20,000 orang dan memaksa lebih 2.6 juta yang lain meninggalkan tempat tinggal.

    Serangan hendap dan serangan berani mati yang berlaku dalam dan sekitar perkhemahan sudah menjadi ancaman dan bertambah buruk di wilayah tersebut.

    Pembalak yang rata-ratanya tinggal di perkhemahan itu dipaksa untuk mengutip kayu di belukar yang tidak dikawal untuk dijual.

    Umar Kachalla, ketua militan orang awam dari bandar Gamboru, berhampiran Ngala berkata serangan terbaru itu dilakukan oleh pejuang yang datang dengan motosikal.

    “Enam orang dibunuh oleh kumpulan bersenjata yang juga menculik lima orang perempuan yang turut bersama pembalak untuk mengutip kayu api dari Jinene,” dia memberitahu AFP.

    Pembalak berkenaan merupakan antara 80,000 orang yang berlindung di perkhemahan di Ngala, sejauh tiga kilometer.

    “Sebahagian daripada pembalak berjaya melepaskan diri dan kembali ke perkhemahan dan memberitahu kepada tentera,” tambahnya.

    Penyerang telah berjaya membawa lari 500 ekor kambing selepas mereka menembak dan mencederakan dua pengembala. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda