Bola keranjang negara kurang bernasib baik

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Pasukan Bola Keranjang Brunei Darussalam melalui laluan getir dalam pusingan Pra kelayakan Kejohanan Bola Keranjang Piala Asia Persatuan Bola keranjang Antarabangsa apabila tumpas di tangan pasukan tuan rumah Thailand hari ini.

Pada perlawanan pertama di Stadium The Mono di Nonthaburi, Thailand, Pasukan Brunei Darussalam pada suku pertama ketinggalan 34–9 sebelum menunjukkan aksi lebih baik pada suku kedua apabila hanya ketinggalan 11 mata di belakang Thailand dengan 27-16.

Pada babak ketiga pula taktik yang berbeza menjadikan jarak perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan semakin signifikan dengan Thailand mendahului 28-4 dan akhirnya pada suku keempat Pasukan Brunei Darussalam ketinggalan 31– 8 menjadikan kedudukan keseluruhan adalah 120–37 di tangan tuan rumah Thailand.

Namun begitu Pasukan Brunei Darus-salam masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat pusingan akhir jika berjaya memenangi perlawanan menentang Indonesia esok di tempat yang sama.

Kejohanan empat hari ini turut menampilkan beberapa buah negara Asia Tenggara lain seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia and Kemboja dan akan berakhir pada 30 Jun nanti. Pasukan Brunei Darussalam dibarisi Ahmad Termizi Haji Noordeen, Benjamin Sim, Ching Poh Chong, Chin Kai Khoo, Ye Wei Tan, Mohd Zainul Ashyraf Haji Hussin, Jen Hao Onn, Kah Hou Chong, Ming Kwong han, Chew Siong Gideon Fong, Chee Choun Lim dan Kian leong Soon.

Brunei Darussalam diterajui oleh Ketua Jurulatih Boon Teck Lim dan dibantu oleh Penolong Jurulatih, Mohammad Sofrian Haji Mohd Yussof.