Bola keranjang persahabatan eratkan hubungan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Sebanyak 10 buah pasukan telah menyertai Kejohanan Bola Keranjang Persahabatan Brunei Overseas Filipino Workers Ballers musim ke-5 yang berlangsung malam tadi bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat, Gadong.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Jefferson John Garduque dan Ryan Austria Chester Almario berkenaan ialah seperti Pasukan Slashers, Pirates, Instinct, Swaggers, Cruisers, Deffenders, Warlords, Black Mamba dan Marlins.

Sementara itu Kejohanan Bola Keranjang Persahabatan Brunei Overseas Filipino Workers Ballers kali ini turut ditaja oleh Kitimasli Tailoring dan Schmm-Leona Trading.

Kejohanan berkenaan diadakan antara lain bertujuan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di samping bagi mengurangkan tekanan kerja dengan melakukan acara riadah yang baik bagi meningkatkan kecergasan badan. Menerusi kejohanan berkenaan, ikatan persaudaraan dan persahabatan antara pekerja Filipina yang bekerja di negara ini turut dapat dipererat dan diperkukuhkan.

Para peserta kejohanan bola keranjang bergambar ramai di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei.