Bola mata banduan ditikam di penjara AS

WASHINGTON, 17 NOV – Seorang banduan penjara terbesar persekutuan di Amerika Syarikat (AS) ditikam pada bola matanya oleh banduan lain pada bulan ini, menunjukkan keganasan sistem penjara yang dicemari oleh rusuhan, kekurangan kakitangan, rasuah dan penindasan.

Banduan berusia 27 tahun diserang dari belakang di FCI Fort Dix, penjara yang mempunyai keselamatan rendah di wilayah Burlington, New Jersey, yang ditadbir oleh warden yang sama pernah didakwa di penjara persekutuan

Manhattan apabila Jeffrey Epstein membunuh diri, tiga yang mengetahui perkara tersebut memberitahu The Associated Press.

Banduan, yang tidak dinyatakan, masih berada di hospital sejak serangan pada 5 November, menurut mereka. Mangsa dijangka selamat.

Mereka yang mengetahui mengenai perkara itu tidak dibenarkan untuk membincangkannya kepada awam dan tidak boleh didedahkan.

Kejadian tersebut adalah contoh terkini keganasan dalam Biro Penjara persekutuan. Agensi tersebut bergelut untuk menangani krisis dalam beberapa tahun kebelakangan, termasuk kekurangan kakitangan, tindakan salah laku yang serius oleh kakitangan, beberapa banduan melarikan diri dan kematian.

Inspektor Jeneral dari Jabatan Keadilan masih belum melengkapkan siasatan. – AFP