Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bola sepak Malaysia perlukan TMJ

    KUALA LUMPUR, 10 JUN – Ketua Jurulatih skuad Malaysia, Kim Pan Gon terkejut dengan keputusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk berundur daripada menerajui Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menggesa Tunku Mahkota mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

    Pan Gon berkata jika Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) kekal dengan pendirian untuk keluar daripada dunia bola sepak, maka ia satu kerugian amat besar kepada sukan tersebut di Malaysia.

    Menurut jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, semangat cintakan bola sepak yang mendalam telah menyaksikan Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi dalam masa kurang sedekad.

    “Bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini.

    Pan Gon berkata sebelum ketibaannya di sini, beliau sudah mengetahui pengaruh besar Tunku Ismail terhadap arena bola sepak Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...