Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Bola sepak untuk semua

-

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Dengan hasrat untuk bukan sahaja meningkatkan mutu permainan sukan bola sepak tanah air dan mencungkil bakat-bakat muda yang boleh dijadikan pelapis di masa akan datang, tetapi juga untuk memberikan peluang kepada anak-anak yatim untuk beraksi dalam perlawanan bola sepak, DST dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) mengadakan Kejohanan Piala Futsal DST Untuk Anak-anak Yatim yang berlangsung di NFABD House, Berakas, hari ini.

Kejohanan yang merupakan sebahagian dan program Tanggungjawab Sosial Korporat DST, Ihsan Kasih, merupakan kali keempat diadakan dan disertai oleh lebih dari 70 orang anak-anak yatim dari keempat-empat daerah iaitu Daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

Kejohanan setengah hari itu disaksikan dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain. Turut hadir untuk menyaksikan dan memberikan sokongan kepada para pemain ialah para ibu bapa dan penjaga pemain-pemain, ketua-ketua kampung, pihak pengurusan DST, pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai NFABD.

para pemain dan pengagihan jersi kepada semua pemain dalam kejohanan berkenaan. Sebelum perlawanan dimulakan, bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Awang Ibrahim Abu Bakar memberikan kata-kata motivasi dan inspirasi kepada para pemain muda agar mereka terus bersemangat dan seronok bermain bola sepak.

Kejohanan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A Bawah 12 Tahun (9 hingga 12 tahun) dan kategori B bawah 15 Tahun (13 hingga 15 tahun), di mana para pemain dibahagikan kepada 10 pasukan dan nama-nama pasukan yang diberikan adalah berdasarkan kepada nama-nama pasukan yang terkenal dalam Liga Super Brunei DST-NFABD.

Awang Radin Sufri bergambar ramai dengan para pemain, jurulatih dan jemputan khas di akhir kejohanan berkenaan.
Awang Radin Sufri bergambar ramai dengan para pemain, jurulatih dan jemputan khas di akhir kejohanan berkenaan.
Awang Radin Sufri menyampaikan hadiah kepada penjaring terbanyak bagi Kategori Bawah 12 Tahun, Awang Mohd Abdul Hafiz.
Awang Radin Sufri menyampaikan hadiah kepada penjaring terbanyak bagi Kategori Bawah 12 Tahun, Awang Mohd Abdul Hafiz.
Awang Radin Sufri menyampaikan hadiah kepada penjaring terbanyak bagi Kategori Bawah 15 Tahun, Awang Mohd Waez Shami.
Awang Radin Sufri menyampaikan hadiah kepada penjaring terbanyak bagi Kategori Bawah 15 Tahun, Awang Mohd Waez Shami.

Perlawanan membawa format menggunakan sistem round robin, di mana pemenang dipilih berdasarkan kepada kutipan mata keseluruhan di akhir kesemua perlawanan.

Semasa perlawanan itu, para pemain menunjukkan kemahiran bermain yang tinggi, semangat kesukanan, kerjasama dan persaingan yang hebat.

Kejohanan itu merupakan acara yang disokong oleh NFABD, yang menyediakan sumber dan kepakaran bagi menjayakan kejohanan termasuk pengadil profesional dan jurulatih bertauliah.

Awang Ibrahim ketika memberikan kata-kata motivasi dan inspirasi kepada para pemain.
Awang Ibrahim ketika memberikan kata-kata motivasi dan inspirasi kepada para pemain.
Di antara aksi menarik semasa kejohanan itu berlangsung.
Di antara aksi menarik semasa kejohanan itu berlangsung.

Di akhir perlawanan berkenaan, hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Kumpulan Perhubungan Korporat DST, Awang Radin Sufri Radin Basiuni.

Dalam Kategori Bawah 12 Tahun, juara disandang oleh Pasukan Najip FC yang mengutip 12 mata, diikuti oleh Pasukan MS ABDB di tempat kedua dengan mengutip sembilan mata dan Pasukan Wijaya FC yang mengutip enam mata di tempat ketiga.

Manakala bagi Kategori Bawah 15 Tahun, juara disandang oleh Pasukan Tabuan A yang mengutip sembilan mata, dengan tempat kedua menjadi milik Pasukan Kota Ranger FC yang berjaya mengutip enam mata dan Pasukan Menglait FC di tempat ketiga dengan tiga mata.

Di majlis berkenaan juga, Awang Radin Sufri menyampaikan hadiah kepada penjaring terbanyak bagi setiap kategori, dengan penjaring terbanyak Kategori Bawah 12 Tahun ialah Awang Mohd Abdul Hafiz Shamsul Rizal yang berjaya menjaringkan tujuh gol, manakala penjaring terbanyak bagi Kategori Bawah 15 Tahun, ialah Awang Mohd Waez Shami Haji Mohd Noor yang berjaya menjaringkan empat gol.

Kejohanan itu bukan sahaja salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat, Ihsan Kasih, tetapi ia juga merupakan usaha berterusan DST untuk menggalakkan pembangunan sukan bola sepak Brunei di semua peringkat, daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat veteran menerusi kerjasama yang erat dengan agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan dan kelab-kelab bola sepak negara.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -