Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Boleh dapat surat pengesahan dari dua pusat perubatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Kementerian Kesihatan telah menjalinkan kerjasama dengan dua buah pusat perubatan untuk mengeluarkan surat pengesahan bagi mereka yang pernah dijangkiti COVID yang tidak perlu lagi melakukan ujian PCR.

    Dua pusat perubatan terbabit ialah Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Pusat Kesihatan Penaga, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab persoalan mengenai surat pengesahan untuk tidak perlu melakukan ujian PCR bagi mereka yang pernah dijangkit dalam tempoh 90 hari setelah pulih.

    Beliau seterusnya menjelaskan, bagi orang yang telah pulih positif untuk tempoh tiga bulan, tidak perlu lagi membuat PCR kerana ia boleh menunjukkan keputusan positif tapi CT valuenya tinggi dan sebab itu tidak disarankan untuk melakukan ujian PCR.

    Walau bagaimanapun, untuk berlepas ke luar negara, ia tertakluk kepada negara mana yang hendak dikunjungi dan keperluan penerbangan yang dinaiki.

    “Banyak peraturan yang sudah dibuat oleh negara lain, jika individu itu pernah positif mereka tidak perlu lagi melakukan ujian PCR dan hanya perlu menunjukkan surat pengesahan.

    “Kebanyakan negara lain sudah mengubah peraturan dan insya Allah dalam sedikit masa lagi, Brunei juga akan membuatnya secara formal,” tambahnya.

    Di samping itu, beliau turut mengongsi yang dalam masa terdekat, surat tersebut boleh diperolehi di dalam BruHealth setelah pengemaskinian aplikasi itu selesai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...