Boleh panjangkan waktu operasi jambatan Temburong?

Sebagai seorang warga Temburong, ingin menyuarakan tentang waktu buka dan tutup jambatan Temburong ketika ini.

Saya tahu kerajaan cuba membendung penularan wabak COVID-19 dengan cara mengelak orang ramai berpusu-pusu ke Daerah Temburong.

Perkara ini saya cuba bangkitkan kerana sesetengah warga Temburong yang bekerja di Daerah Brunei Muara ada yang baru habis waktu bekerja pada pukul 6 petang, sedangkan waktu begitu jambatan sudah ditutup.

Kami cuma mahu waktu operasinya dipanjangkan sedikit mungkin dibuka sehingga pukul 8 malam.

Bukan kami cuba melawan perintah kerajaan tetapi ini demi kemudahan kami yang berada jauh di Temburong. Alangkah susahnya kami sentiasa bergegas untuk sampai ke kawasan Sungai Besar semata-mata untuk mengelakkan jambatan daripada ditutup.

Kami harap pihak tertentu dapat mempertimbangkan permasalahan ini dan memberikan kami kelonggaran bagi waktu operasi jambatan berkenaan.

Kami juga rakyat Brunei

Waktu operasi jambatan Temburong hanya 6 pagi hingga 6 petang sedikit sebanyak menyukarkan mereka yang bekerja untuk pulang kerana terpaksa bergegas.