Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bolehkah tidak berpuasa demi keselamatan orang lain?

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Puasa Ramadan merupakan salah satu kewajipan yang dituntut untuk dikerjakan ke atas setiap orang Islam yang mukallaf. Tidak berpuasa wajib adalah berdosa, termasuk orang yang membatalkan puasanya, tanpa sebarang keuzuran syara‘ atau dengan erti kata yang lain membatalkannya dengan sengaja. Bagaimana pula hukum seseorang yang tidak berpuasa disebabkan untuk menjaga keselamatan orang lain atau disebabkan untuk menjaga harta?

    Tidak berpuasa disebabkan keselamatan orang lain atau menjaga harta

    Dalam keadaan tertentu, terdapat beberapa pengecualian di dalam hukum syara‘ yang mengharuskan, malahan juga mewajibkan, untuk seseorang tidak berpuasa atau berbuka puasa disebabkan untuk menjaga keselamatan orang lain atau menjaga harta. Antaranya sepertimana berikut:

    Diharuskan untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa bagi perempuan yang hamil sekiranya dia merasa takut berlaku sesuatu atas dirinya sendiri atau atas kandungannya.

    Bagaimanapun, sekiranya perempuan yang hamil itu merasa takut akan berlaku mudharat ke atas janin atau kandungannya, umpamanya sekiranya perempuan hamil itu berpuasa dia takut akan mengalami keguguran, maka dalam keadaan ini diwajibkan ke atasnya untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa.

    Diharuskan untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa bagi perempuan yang menyusukan anak sekiranya dia merasa takut berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini atas dirinya sendiri atau atas diri anak yang disusukan.

    Bagi perempuan yang menyusukan anak, diharuskan baginya untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa apabila dia merasa takut akan keselamatan diri anak yang disusukannya itu, tidak kira sama ada anak yang disusukan itu adalah anaknya sendiri ataupun bukan, sama ada dia dibayar upah untuk menyusukan anak ataupun tanpa bayaran (tanpa upah), sekalipun perempuan yang menyusukan tanpa bayaran itu tidak ditentukan untuk menyusukan anak tersebut, misalnya masih terdapat beberapa orang perempuan lain yang boleh menyusukan anak tersebut.

    Bagaimanapun, sekiranya perempuan yang menyusukan anak itu merasa takut akan berlaku kemusnahan atau kebinasaan ke atas diri anak tersebut, umpamanya sekiranya dia berpuasa, anak tersebut pasti kehausan kerana air susu akan kering, maka dalam keadaan ini diwajibkan ke atasnya untuk berbuka puasa.

    Diharuskan untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa bagi perempuan yang hamil sekiranya dia merasa takut berlaku sesuatu atas dirinya sendiri atau atas kandungannya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...