Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boling Amal SMARTER berakhir

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Berikutan kejayaan permainan pra-boling yang diadakan lebih awal di beberapa pusat boling di seluruh negara, SMARTER hari ini meneruskan lagi acara Boling Amal SMARTER pertama mereka dengan perlawanan akhir yang diadakan di Pusat Boling Utama Seria, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada pertandingan akhir tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; yang dialu-alukan oleh Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

    Turut hadir ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong, Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, TYT Ajaneesh Kumar; Duta Besar Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, TYT U Htin Lynn, isteri Pesuruhjaya Tinggi British Xanthe Lindsay dan perwakilan dari Kedutaan Filipina.

    Dengan tema Let’s B.O.W.L For Autisme, acara kebajikan itu dianjurkan dengan kerjasama Arkitek Bersatu Filipina (Brunei Chapter), dan Kelab Boling Filipina; serta disokong oleh Persatuan Filipina di Brunei, menyaksikan pemain dari seluruh negara bersaing antara satu sama lain sejak awal April lalu untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir acara tersebut. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden SMARTER, di mana beliau antara lain menjelaskan bahawa kepentingan untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan seluruh keluarga dan memenuhi kriteria iaitu dari segi keselamatan, kesesuaian dan ketenangan.

    Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu kehormat serta tetamu jemputan lainnya sebagai tanda sokongan mereka adalah untuk membantu menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh SMARTER.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan upacara memotong kek bagi memperingati kejayaan acara Boling Amal SMARTER pertama bersama tetamu kehormat dan jemputan lainnya.

    Semasa pertandingan tersebut, William Cabotage dari Kelab Boling Filipina muncul juara selepas menewaskan Pengiran Sofidzan bin Pengiran Haji Masri daripada Pasukan Boling TelBru dan diikuti Siti Zubaidah binti Haji Mahbub, daripada Persatuan Boling Brunei-Muara (PBBM). Trofi para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara itu juga menyaksikan tetamu kehormat serta jemputan lainnya turut menerima sijil sebagai tanda penghargaan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menyampaikan trofi kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda