Bolivia keluar waran tangkap Morales

LA PAZ, 15 DIS – Presiden sementara Bolivia Jeanine Anez berkata satu waran tangkapan akan dikeluarkan tidak lama lagi ke atas bekas presiden Evo Morales, yang telah menerima perlindungan di negara jiran Argentina.

Morales, presiden penduduk asli pertama Bolivia, melarikan diri dari negara selepas berkuasa selama 14 tahun. Beliau kehilangan sokongan tentera ketika keganasan berminggu lamanya susulan pilihan raya amat kontroversi. “Satu waran tangkapan akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang,” beritahu Anez kepada wartawan semalam, menambah Morales akan disiasat atas dakwaan jenayah hasutan dan keganasan.

Jika beliau pulang ke Bolivia, beliau ‘tahu beliau perlu memberikan jawapan kepada negara sejak beliau mempunyai tuduhan di bawah undang-undang.’

Morales meninggalkan Bolivia pada bulan lalu dan pada mulanya menerima perlindungan di Mexico.

Pada Khamis, beliau tiba di Arggntina di mana kerajaan Presiden Alberto Fernandez menawarkan perlindungan kepada beliau.

Morales mendakwa beliau digulingkan dalam rampasan kuasa, dan sementara di Mexico beliau meneruskan kempen harian menentang kerajaan sementara dalam temu bual dan di Twitter.

Menteri Luar sementara Bolivia Karen Longaric telah mengingatkan bekas pemimpin itu supaya jangan masuk campur dalam politik Bolivia. – AFP