LA PAZ, 13 Okt – Pasukan Khas Antipenyeludupan Dadah Bolivia (Felcn) telah merampas sejumlah 228 tan dadah dan menyita 17 pesawat dalam operasi sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Santiago Delgadillo pada Khamis.
Menurut Delgadillo, dari Januari hingga Oktober, ejen-ejen Felcn telah merampas sejumlah 10.9 tan kokain, 2.9 tan hidroklorida dan 214.2 tan ganja.
Dalam tempoh itu, sejumlah 8,832 operasi antinarkotik dijalankan di seluruh negara yang menyaksikan 3,209 orang ditahan, antaranya rakyat Bolivia dan warga asing. – Bernama