Bolivia undi presiden baharu Ahad ini

LA PAZ, 16 OKT – Warga Bolivia akan mengundi presiden baharu pada Ahad ini dan untuk kali pertama dalam dua dekad nama Evo Morales tidak akan muncul dalam kertas pengundian.

Morales bertanding dan memenangi penggal keempat dalam pilihan raya kontroversi pada tahun lalu yang mencetuskan bantahan beberapa minggu ke atas kemenangan beliau.

Satu audit Pertubuhan Negara Amerika menemui bukti jelas menunjukkan penipuan dan Morales meletak jawatan sebelum melarikan diri dalam buangan.

Kini menetap di negara jiran Argentina, beliau dilarang daripada bertanding tetapi pengganti pilihannya sebagai calon Gerakan Sosialisme (MAS), Luis Arce, mendahului dalam tinjauan pendapat.

Menurut penganalisis Kumpulan Eurasia, ‘pengundian menandakan perlumbaan sengit dengan Arce memperoleh kemenangan pusingan pertama.’

Satu tinjauan Ciesmori yang dikeluarkan pada minggu lalu meletakkan Arce di depan dengan 30.7 peratus undi berbanding pencabar utamanya, bekas presiden Carlos Mesa dengan 24.7 peratus.

Untuk memenangi pusingan pertama, Arce memerlukan tinjauan 40 peratus dengan kelebihan 10 mata berbanding pencabar terdekatnya.

“Sementara margin adalah sengit, kami berpendapat Mesa akan membawa perlumbaan kepada pilihan raya kecil pada 29 November, yang mana beliau dijangka akan menang,” kata penganalisis Kumpulan Eurasia untuk Brazil dan Bolivia, Filipe Gruppelli Carvalho. – AFP

Presiden Mahkamah Pilihan Raya Agung Bolivia, Salvador Romero, menjawab soalan dari media antarabangsa di La Paz pada 15 Oktober 2020, sebelum pilihan raya umum pada Ahad. – AFP