
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.
Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform antirasuah untuk menerajui negara sekali lagi. (Klik di sini untuk cerita lanjut)