Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Bolt, Niekerk jadi tumpuan

MONACO, 21 Julai – Usain Bolt dan Wayde van Niekerk, lelaki yang dikatakan akan mengambil alih status Bolt sebagai bintang padang dan belapan seterusnya, menjadi tumpuan dalam perlumbaan Diamond League di Monaco hari ini.

Acara itu menawarkan persediaan terakhir menjelang kejuaraan dunia pada bulan depan di London, bermula 4-13 Ogos, di mana pemenang pingat emas Olimpik lapan kali, Bolt akan menamatkan kerjaya luar biasanya.

Stade Louis II, tempat bagi pasukan juara bola sepak Perancis, Monaco, memberikan latar belakang menarik di pesisir Mediterranean bagi kemunculan kedua terakhir Bolt.

Ia adalah kali kedua juara dunia 11 kali itu membuat larian di Monaco, selepas 2011, dengan jadual 100m bermula pada 1935 GMT ketika Bolt dilihat mencatatkan masa bawah 10saat buat kali pertama tahun ini.

“Perlumbaan ini adalah mengenai pelaksanaan dan memperbaiki kekurangan saya,” kata Bolt. “Saya akan cuba untuk tidak merasa bimbang mengenai masa tetapi ia adalah bagus untuk berada di bawah 10 saat.”

Gambar fail pada 10 Jun 2017 menunjukkan pelari pecut Jamaica, Usain Bolt (tengah kanan) memeluk pelari pecut dari Afrika Selatan, Wayde van Niekerk selepas memenangi 100 meter ‘Salute to a Legend’ di stadium kebangsaan Kingston, Jamaica. Bolt dan Niekerk telah menjadi tumpuan dalam perlumbaan Diamond League yang berlangsung di Monaco. – AP
Gambar fail pada 10 Jun 2017 menunjukkan pelari pecut Jamaica, Usain Bolt (tengah kanan) memeluk pelari pecut dari Afrika Selatan, Wayde van Niekerk selepas memenangi 100 meter ‘Salute to a Legend’ di stadium kebangsaan Kingston, Jamaica. Bolt dan Niekerk telah menjadi tumpuan dalam perlumbaan Diamond League yang berlangsung di Monaco. – AP

Pelari dari Jamaica, yang akan berusia 31 tahun bulan depan, adalah pengunjung kerap ke negara itu diluar trek, setelah menerima anugerah Athlete of the Year IAAF sebanyak enam kali.

Bolt bergelut untuk menghasilkan rentak terbaiknya musim ini, membuat larian 10.03 di Kingston dan 10.06 di Ostrava dalam dua persaingannya, berada di belakang bintang AS, Christian Coleman yang mendahului 9.82 di Oregon pada bulan lalu.

“Cuaca sangat baik di sini jadi saya berharap hari ini, ia adalah sama dan saya boleh membuat larian terbaik,” tambah Bolt, yang akan bersaing menentang Akani Simbine dari Afrika Selatan dan Christopher Belcher dari AS.

Van Niekerk, pemegang rekod dunia lelaki 400m, mencatatkan kemenangan di Lausanne dua minggu lalu dengan mencatatkan masa ketiga terpantas sepanjang kerjayanya, yang menyusul rekod terbaik peribadinya dalam 100m dan 200m pada Jun lalu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -