Bolton dedah persepsi hubungan Trump, Kim Jong Un

WASINGTON, 22 JUN – Bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton berkata kelmarin bahawa dia merasakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ‘tertawa’ mengenai persepsi rakan sejawat AS, Donald Trump mengenai hubungan mereka.

Bolton memberitahu ABC News semasa temu bual menjelang penerbitan bukunya, yang mengandungi banyak tuduhan memalukan terhadap Trump.

Ketika jurnalis Martha Raddatz bertanya jika Trump ‘betul-betul percaya Kim Jong Un menyukainya,’ Bolton membalas bahawa dia tidak dapat memberikan penjelasan lain.

“Saya rasa Kim Jong Un tertawa terbahak-bahak,” kata Bolton. “Surat-surat yang ditunjukkan oleh presiden kepada media adalah ditulis oleh beberapa orang pegawai di pejabat propaganda Parti Pekerja Korea Utara.

“Namun, presiden memandang mereka sebagai bukti persahabatan yang mendalam,” katanya, menambah bahawa persahabatan tidak sama dengan diplomasi antarabangsa.

Bolton turut mengatakan bahawa dia tidak menganggap Trump tidak sesuai untuk menjawat jawatan presiden dan berharap beliau akan menjadi presiden untuk satu penggal sahaja.

“Saya harap (sejarah) akan mengingatinya sebagai presiden satu penggal yang tidak menjerumuskan negara ke lingkaran yang tidak dapat kita ingat. Kita dapat lebih dari satu penggal,” katanya. – AFP

Gambar fail John Bolton membuat ucapan di Washington. Bolton merasakan Kim Jong Un ‘tertawa’ mengenai persepsi Trump mengenai hubungan mereka. – AP