Bolton, Johnson bincang tentang Iran

LONDON, 12 OGOS – Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton hari ini akan menyuarakan tentang pertikaian global termasuk ketegangan Teluk bersama Iran yang semakin memuncak kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Penolong Rumah Putih itu adalah pegawai paling kanan AS yang akan bertemu Johnson sejak dia berjaya menggantikan Theresa May sebagai pemimpin kerajaan UK bulan lalu.

Seorang jurucakap Johnson berkata kedua-duanya akan membincangkan ‘pelbagai isu keselamatan, termasuk Iran’.

Pertemuan itu muncul ketika pentadbiran Presiden AS, Donald Trump memburu kempen ‘tekanan maksimum’ yang direka untuk memaksa republik Islam itu mengehadkan aktiviti nuklear dan tentera.

Washington juga mahu sekutu rapat Eropah membatalkan – atau sekurang-sekurangnya mengehadkan – rancangan untuk menggunakan teknologi 5G buatan Huawei China apabila ia memperkenalkan rangkaian data generasi seterusnya.

Laporan Media AS berkata Washington tidak menjangkakan keputusan dari London berhubung isu-isu terbabit semasa lawatan dua hari Bolton. – AFP