Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bom air strategi padam kebakaran hutan di Sarawak

    KUCHING, 8 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan menggunakan kaedah pengeboman air dengan helikopter bagi memadamkan kebakaran hutan di negeri itu ketika cuaca panas.

    Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman @ Hussaini berkata sebuah helikopter Mi-17 milik jabatan itu yang berpangkalan di bandar raya Miri sudah bersedia melakukan pengeboman air terbabit. “Sekarang arahan (Timbalan Premier Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak), Datuk Amar Douglas Uggah, kesan sahaja (kebakaran hutan) terus buat tindakan (pemadaman),” katanya.

    Bercakap pada sidang media selepas Program Kesedaran Kebakaran Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini, beliau berkata helikopter ini telah melakukan beberapa siri simulasi dan semua aset lain JBPM juga sudah siap siaga berikutan cuaca panas ketika ini.

    Tambahnya JBPM Sarawak turut dibantu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan syarikat swasta, Naim Group untuk memantau insiden kebakaran hutan menggunakan dron terma. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...