Bom bunuh enam di Balochistan

QUETTA, PAKISTAN, 10 OGOS – Bom improvisasi yang dipasang pada sebuah motosikal telah membunuh enam orang di wilayah bergolak Balochistan, Pakistan hari ini, kata polis.

Kenderaan yang membawa kakitangan dari pasukan antinarkotik negara dipercayai menjadi sasaran letupan di bandar Chaman, yang bersempadan dengan Afghanistan, kata pegawai polis kanan, Razzq Cheema.

“Letupan itu telah membunuh enam orang dan mencederakan 10 yang lain, dua daripadanya kritikal,” katanya kepada AFP.
Pegawai polis tempatan, Masood Khan mengesahkan serangan dan korban jiwa tersebut. – AFP