Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bom ditemui berhampiran kampus HK

    HONG KONG, 23 Jan – Puluhan orang telah dipindahkan hari ini selepas bom Perang Dunia Kedua ditemui di sebuah tapak pembinaan di Hong Kong (HK), berhampiran sebuah kampus universiti dan kuarters kakitangan.

    Seramai 67 penghuni di tiga blok dewan universiti telah dipindahkan selepas bom buatan Amerika Syarikat (AS) seberat 500 paun (227kg) telah digali di Jalan Pok Fu Lam, polis mengesahkan.

    Bom itu akan diletupkan di tapak itu pada malam ini dan dirawat dengan ‘sistem air bertekanan tinggi’, kata seorang penghapus bom memberitahu wartawan. Keseluruhan proses itu dianggarkan akan mengambil masa sekitar tiga jam.

    Bom semasa perang atau bom tangan yang tidak meletup itu sering ditemui oleh pengembara atau pekerja pembinaan di bandar selatan China, yang menjadi tempat pertempuran ganas antara pasukan bersekutu Jepun dan Britain pada 1941.

    Pasukan udara bersekutu dan AS mengebom penghuni Jepun selepas koloni British ketika itu jatuh.

    Tahun lalu polis telah menghapuskan lapan bahan letupan yang ditemui oleh pengembara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda