Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Bom era Perang Dunia Kedua meletup

-

PRAGUE, 8 APRIL – Sebutir bom era Perang Dunia Kedua meletup awal hari ini di bandar timur Republik Czech, Ostrava semasa kerja-kerja penggalian, membunuh seorang lelaki dan mencederakan yang lain, menurut laporan polis dan media.

“Kami boleh mengesahkan letupan berpunca daripada bom era Perang Dunia Kedua,” menurut pihak polis melalui Twitter.

Seorang petugas media tempatan berusia 49 tahun maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan di kepala.

Polis memindahkan kira-kira 50 orang daripada kediaman mereka dalam lingkungan 300 meter daripada tapak kejadian. Bom era Perang Dunia Kedua sering ditemui di timur laut Republik Czech selepas kemaraan Tentera Merah pada musim bunga 1945. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -