Bom perang dunia dilupus, ratusan dipindah

BERLIN, 14 April – Kira-kira 600 penduduk telah dipindahkan dari rumah mereka di bandar lama Frankfurt dengan itu pakar-pakar boleh memindahkan bom era Perang Dunia Kedua yang ditemui di sungai utama.

Agensi berita Jerman melaporkan bom itu berjaya dimatikan seperti dirancang, di bawah air hari ini, yang membawa kepada letupan dan ledakan air besar di sungai itu. Polis memberitahu agensi yang ‘bom itu tidak lagi memberi ancaman bahaya’.

Anggota bomba telah menemui bom Amerika seberat 250kg itu semasa dalam latihan menyelam di sungai itu pada Selasa.

Walaupun lebih 70 tahun selepas berakhirnya perang, bom-bom dan senjata lain sering ditemui di Jerman, menjadi bukti kepada keganasan pertempuran semasa Perang Dunia Kedua. – AP